semua manusia ingin rse dicinta dan mencintai..kalau bercinta ni kita rasa romantik la sehati sejiwa,fantastik..walhal itu sume kan plastik..
Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating....
-individu yg bercinta mengikut syariat islam tkut utk bhubungan dgn cara menulis,,bimbang berlakunya zina hati krana was2 dgn keupayaan menahan bntuk luahan hti..
-Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah kan..(^_^)
rmai yg kata,,inilah cinta pandang pertama saya..memang hebatkan kuasa cinta nie..memg x di nafikan ank2 muda remaja sekarang lbih suka bercinta dan mencari cinta..bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam.... Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?
Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang-calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah''
BAGAIMANA DGN JODOH?
jodoh merupakan takdir dan kita mstilah mencarinya...
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”
JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia.
Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa..
semasa kita msih lgi di dlm rahim ibu Allah sudah tetapkan 3perkara iaitu ajal,rezeki dan juga jodoh kita..jgn pulak kita beri alasan dan mengeluh serta menyalahkan takdir dlam pencarian jodoh..
cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada moktah..
Jodoh juga terbahagi kpada 3 iaitu;
Jodoh juga terbahagi kpada 3 iaitu;
1. JODOH DARI SYAITAN- dimana mula2nye knl,bersembang berpegangan tgn dan terlanjur melakukan maksiat..
2.JODOH DARI JIN-mula2 berkenalan antara 1sama lain,tpi hnya sebelah pihak yg mgatakan cinta,lalu sebelah pihak lagi membomohkan serta mnyhirkan supaya suka kpadanya.
3.JODOH DARI ALLAH-terpandang matanya dan kebaikannya lalu trus menusuk ke tangkai hati,lalu meminangnya dan menikahinya utk memilikinya dgn cara yg halal dlm islam dan diredhai ALLAh...pilihlah diantara jodoh yg mane kita inginkan samada jodoh dri syaitan,jin ataupun dari yg Maha Esa..
jgnlah mencari yg terlalu sempurna..kerana setiap yg dijadikan Allah ada kelebihan dan kekurangannya..Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.
4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..
cintaku hnya utk yg bnar2 ikhlas mencintai dan bkn utk dipersendakan..*
orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga..
No comments:
Post a Comment